Pages

Monday 13 June 2016

[K-Movie] The Phone / 더 폰 (2015)


Plot:

Mengisahkan tentang seorang peguam bernama Ko Dong Ho yang sering mendapat surat ugutan bunuh disebabkan kes-kes yang dikendalikannya. Pada suatu hari dalam tahun 2014, berlaku kejadian suar suria yang menyebabkan gangguan pada sistem telekomunikasi seluruh dunia. Malam itu, isterinya, Yeon Soo dibunuh oleh seorang lelaki yang tak dikenali. Ko Dong Ho cuba menyiasat kematian isterinya tetapi tidak menemui sebarang petunjuk. Setahun kemudian, berlaku kejadian suar suria sekali lagi. Pagi itu, dia menerima panggilan isterinya dari tahun 2014.

Trailer:



Pelakon Utama:

Son Hyun Joo sebagai Ko Dong Ho
Uhm Ji Won sebagai Jo Yeon Soo
Bae Sung Woo sebagai Do Jae Hyun

Download Malay Subtitle:


Pls link semula ke page ini jika mahu share sub saya. Tq :)

Saturday 11 June 2016

[K-Drama] Another Miss Oh / 또 오해영 (2016)


Plot:

Mengisahkan kehidupan Oh Hae Young yang ditinggalkan tunangnya Han Tae Jin sehari sebelum hari perkahwinan mereka; dan Park Do Kyung yang ditinggalkan kekasihnya yang juga bernama Oh Hae Young pada hari perkahwinan mereka. Tanpa diduga kehidupan mereka sebenarnya berkait rapat antara satu sama lain.

Trailer:



Pelakon Utama:

Eric sebagai Park Do Kyung
Seo Hyun Jin sebagai Oh Hae Young
Jeon Hye Bin sebagai Oh Hae Young

Download Malay Subtitle:

Ep01: MiniDrama ver
Ep02: Coming soon
Ep03: Coming soon
Ep04: Coming soon
Ep05: Coming soon
Ep06: Coming soon
Ep07: Coming soon
Ep08: Coming soon
Ep09: Coming soon
Ep10: Coming soon
Ep11: Coming soon
Ep12: Coming soon
Ep13: Coming soon
Ep14: Coming soon
Ep15: Coming soon
Ep16 (Fin): Coming soon

Pls link semula ke page ini jika mahu share sub saya. Tq :)

Wednesday 8 June 2016

[K-Drama] Signal / 시그널 (2016)


Plot:

Detektif dari zaman sekarang, Park Hae Young dan dari masa lampau, Lee Jae Han berkomunikasi menerusi walkie-talkie untuk menyelesaikan cold case (kes dingin - kes jenayah yang masih belum berjaya diselesaikan).

Trailer:



Pelakon Utama:

Lee Je Hoon sebagai Park Hae Young
Kim Hye Soo sebagai Cha Soo Hyun
Cho Jin Woong sebagai Lee Jae Han

Download Malay Subtitle:

Ep01: SmallEncode ver | MiniDrama ver
Ep02: SmallEncode ver | MiniDrama ver
Ep03: SmallEncode ver | MiniDrama ver
Ep04: SmallEncode ver | MiniDrama ver
Ep05: MiniDrama ver
Ep06: MiniDrama ver
Ep07: MiniDrama ver
Ep08: MiniDrama ver
Ep09: Coming soon
Ep10: Coming soon
Ep11: Coming soon
Ep12: Coming soon
Ep13: Coming soon
Ep14: Coming soon
Ep15: Coming soon
Ep16 (Fin): Coming soon

Pls link semula ke page ini jika mahu share sub saya. Tq :)

Tuesday 5 April 2016

[K-Movie] The Terror Live / 더 테러 라이브 (2013)


Plot:

Pada suatu hari, seorang lelaki bernama Park No Kyu membuat panggilan ke rancangan radio yang dihoskan bekas pembaca berita terkenal, Yoon Young Hwa. Dia mengancam untuk meletupkan Jambatan Mapo. Pada mulanya, Yoon menganggap ia adalah panggilan palsu, namun dia sendiri melihat ia diletupkan menerusi tingkap studio radio itu. Yoon merancang untuk menyiarkan siaran berita dan menemubual pengganas itu, memandangkan hanya mereka saja yang tahu tentang identitinya. Pengganas itu menuntut permohonan maaf daripada Presiden negara itu, di atas layanan yang tidak adil kepada dua buruh binaan yang mati di jambatan itu dua tahun lepas.

Trailer:



Pelakon Utama:

Ha Jung Woo sebagai Yoon Young Hwa
Lee Kyung Young sebagai Cha Dae Eun
David Lee sebagai Pengganas (pelakon)
Kim Dae Myung sebagai Pengganas (suara)

Download Malay Subtitle:


Pls link semula ke page ini jika mahu share sub saya. Tq :)

Monday 4 April 2016

[K-Movie] Mood of The Day / 그날의 분위기 (2016)


Plot:

Mengisahkan tentang takdir yang menemukan seorang lelaki dan wanita di dalam kereta api KTX dan mereka menghabiskan 24 jam bersama di bandar Busan.

Trailer:



Pelakon Utama:

Moon Chae Won sebagai Bae Soo Jung
Yoo Yeon Seok sebagai Kim Jae Hyun
Park Min Woo sebagai Kang Jin Chul

Download Malay Subtitle:


Pls link semula ke page ini jika mahu share sub saya. Tq :)

Monday 28 March 2016

[K-Movie] The Throne / 사도 (2015)


Plot:

Suatu kisah benar yang berlaku di zaman Dinasti Joseon. Raja Yeongjo bercita-cita untuk menjadi seorang raja yang hebat disebabkan latar belakangnya. Ibunya adalah seorang gundik dari kelas bawahan. Khabar angin juga mengatakan dia telah membunuh abang kandungnya sendiri untuk menjadi seorang raja. Raja Yeongjo akhirnya mendapat seorang anak lelaki pada usia yang agak lewat. Dia melantik puteranya itu, Putera Sado sebagai Putera Mahkota dan mempunyai harapan yang tinggi terhadapnya. Namun, Putera Sado lebih sukakan seni mempertahankan diri dan seni lukisan berbanding pelajaran. Dia sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada seorang ayah yang penyayang, berbanding seorang raja yang tegas. Putera Sado mula hilang kewarasan dan hubungan di antara dua beranak ini mula berantakan.

Trailer:



Pelakon Utama:

Song Kang Ho sebagai Raja Yeongjo
Yoo Ah In sebagai Putera Mahkota Sado
Moon Geun Young sebagai Ratu Hyegyeong
So Ji Sub sebagai Putera Yi San / Raja Jeongjo (cameo)

Download Malay Subtitle:


Pls link semula ke page ini jika mahu share sub saya. Tq :)

Sunday 27 March 2016

[K-Movie] Memories of The Sword / 협녀, 칼의 기억 (2015)


Plot:

Tiga pahlawan dari Dinasti Goryeo menggelarkan diri mereka sebagai Tiga Pedang Agung dan berjuang untuk nasib rakyat. Akibat ketamakan, salah seorang daripada mereka, Deok Gi telah mengkhianati perjuangan mereka. Berlaku pergelutan di antara Deok Gi dan Pung Chun, di mana akhirnya Pung Chun dibunuh oleh Seol Rang, kekasih Deok Gi. Seol Rang yang rasa bersalah membawa Hong Yi, anak Pung Chun melarikan diri bersama-sama pedangnya. Seol Rang membesarkan Hong Yi dan mengajarnya seni pedang bersandarkan satu matlamat, supaya dia dapat membalas dendam dengan membunuh dua orang yang telah menyebabkan kematian bapanya, iaitu Deok Gi dan Seol Rang sendiri. 18 tahun kemudian, Seol Rang menyerahkan pedang Pung Chun kepada Hong Yi, dan membongkar rahsia pahit mereka.

Trailer:



Pelakon Utama:

Lee Byung Hun sebagai Jeneral Yoo Baek / Deok Gi
Jeon Do Yeon sebagai Wol So / Seol Rang / Wol So
Kim Go Eun sebagai Hong Yi / Seol Hee
Lee Jun Ho sebagai Yool
Bae Soo Bin sebagai Pung Chun

Download Malay Subtitle:


Pls link semula ke page ini jika mahu share sub saya. Tq :)

Thursday 10 March 2016

[J-Drama] Love That Makes You Cry / Itsuka Kono Koi wo Omoidashite Kitto Naite Shimau (2016)


Plot:

Drama yang mengisahkan tentang impian, persahabatan dan percintaan enam anak muda yang berasal dari luar bandar dan berhijrah ke Tokyo.

Oto Sugihara ialah seorang gadis yang ceria. Setelah ibunya meninggal dunia, dia dibesarkan oleh ibu bapa angkatnya di Hokkaido. Dia dapat tahu tentang rancangan bapa angkatnya untuk mengahwinkan dia dengan orang kaya di sana, untuk menyelesaikan masalah kewangan mereka.

Ren Soda pula dibesarkan oleh datuknya di Fukushima. Dia bekerja dengan gigih di syarikat pemindah barang di Tokyo, demi mengumpul wang untuk membeli semula tanah milik datuknya yang tergadai.

Suatu hari, Ren menemui sepucuk surat milik Oto dan dia pergi ke Hokkaido untuk memulangkannya semula. Di sana, mereka berkongsi pendapat tentang kehidupan, percintaan dan kesepian. Oto membuat keputusan untuk lari dari perkahwinannya dan ikut Ren pulang ke Tokyo untuk mulakan kehidupan baru. Namun, setibanya di Tokyo, mereka terpisah dan membawa haluan sendiri.

Trailer:


Pelakon Utama:

Kasumi Arimura sebagai Oto Sugihara
Kengo Kora sebagai Ren Soda
Mitsuki Takahata sebagai Kihoko Hinata
Takahiro Nishijima sebagai Asahi Ibuki
Aoi Morikawa sebagai Konatsu Ichimura
Kentaro Sakaguchi sebagai Haruta Nakajo

Download Malay Subtitle:

Ep02: Coming soon
Ep03: Coming soon
Ep04: Coming soon
Ep05: Coming soon
Ep06: Coming soon
Ep07: Coming soon
Ep08: Coming soon
Ep09: Coming soon
Ep10 (Fin): Coming soon

Pls link semula ke page ini jika mahu share sub saya. Tq :)

Monday 7 March 2016

[J-Movie] Like Father, Like Son / Soshite Chichi ni Naru (2013)


Plot:

Pada suatu hari, Ryota dan isterinya, Midori menerima satu panggilan daripada pihak hospital. Mereka diberitahu bahawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun, Keita, bukan anak kandung sebenar mereka. Dua bayi telah tertukar pada hari kelahiran Keita kerana kesilapan pihak hospital. Ryota dan isterinya amat terkejut dengan berita ini. Pasangan ini harus membuat keputusan samada untuk mengambil semula anak kandung mereka, Ryusei, atau terus membesarkan Keita yang telah mereka pelihara selama 6 tahun.

Trailer:


Pelakon Utama:

Masaharu Fukuyama sebagai Ryota Nonomiya
Machiko Ono sebagai Midori Nonomiya
Keita Ninomiya sebagai Keita Nonomiya

Download Malay Subtitle:


Pls link semula ke page ini jika mahu share sub saya. Tq :)

Sunday 6 March 2016

[K-Drama] Cheese in The Trap / 치즈 인 더 트랩 (2016)


Plot:

Drama yang mengisahkan tentang hubungan yang rumit di antara seorang pelajar kolej, Hong Seol dan senior nya, Yoo Jung. Hong Seol seorang pelajar yang bijak, tetapi terpaksa bekerja sambilan untuk membantu keluarganya yang susah. Yoo Jung pula seorang yang kacak, bijak, baik hati dan disukai semua orang; tetapi sebenarnya dia mempunyai sisi yang gelap.

Trailer:


Pelakon Utama:

Park Hae Jin sebagai Yoo Jung
Kim Go Eun sebagai Hong Seol
Seo Kang Joon sebagai Baek In Ho

Download Malay Subtitle:

Ep01: SmallEncode ver | MiniDrama ver
Ep02: SmallEncode ver | MiniDrama ver
Ep03: Coming soon
Ep04: Coming soon
Ep05: Coming soon
Ep06: Coming soon
Ep07: Coming soon
Ep08: Coming soon
Ep09: Coming soon
Ep10: Coming soon
Ep11: Coming soon
Ep12: Coming soon
Ep13: Coming soon
Ep14: Coming soon
Ep15: Coming soon
Ep16 (Fin): Coming soon
Ep17 (Special): Coming soon

Pls link semula ke page ini jika mahu share sub saya. Tq :)