Pages

FAQ

Q: Subtitle tak keluar selepas play video
A: Sila pastikan anda rename nama file subtitle kepada nama yang sama seperti file video, dan letakkan kedua-dua nya di dalam folder yang sama. Copy & paste saja. Cth:
i) File video: ABC123.mp4
ii) File subtitle: ABC123.srt

Q: Dah rename file tapi subtitle masih tak keluar
A: Cuba play video gunakan vlc player. Biasanya vlc player boleh play semua jenis video & subtitle tanpa masalah

Q: Subtitle keluar lebih cepat / lambat dari masa sebenar
A: Resync time stamp di website ini: http://subshifter.bitsnbites.eu Cth:
i) Utk lambatkan subtitle 2 saat: +2.0
ii) Utk cepatkan subtitle 2 saat: -2.0

Q: Boleh request malay subtitle utk drama / movie?
A: Saya hanya akan terjemah file subtitle asal (English) ke BM untuk drama / movie berikut:
i) yg masih belum ada sesiapa translate di subscene
ii) yg saya betul-betul minat dan follow (utk drama / series)
iii) yg saya dah tonton terlebih dahulu

Jadi, tak ada masalah untuk saya fahamkan jalan cerita dan guna kata nama yg bersesuaian. E.g saya, awak, aku, kau, ayah, mak, beta, patik, baginda etc

Q: Boleh jika share file subtitle ini di tempat lain?
A: Boleh, tapi dgn syarat berikut:
i) Link kan semula ke page asal
ii) Jgn remove sebarang credit dlm file subtitle

Selamat menonton! :)

No comments:

Post a Comment